Dalam satu kenyataan melalui The Borneo Post, didapati bahawa kira-kira 76% rakyat dewasa Malaysia mempunyai penyakit ini tetapi hanya 26% yang hadir untuk ujian saringan. Ini menunjukkan kurangnya rasa kesedaran dalam masyarakat terhadap bahaya penyakit ini.
Bagi bakal pengantin, di bawah merupakan 5 sebab pentingnya untuk anda menjalani ujian talasemia bersama pasangan sebelum berkahwin.
Selain HIV, Jangan Abaikan Ujian Talasemia Sebelum Berkahwin. Ini 5 Sebab Ia Penting
1. Mengurangkan Risiko Zuriat Menghidap Talasemia Major
Ujian saringan awal merupakan tindakan yang disarankan bagi memastikan generasi dapat dilahirkan dengan sihat. Jika seseorang sudah mengetahui status talasemia dalam badan, maka anda dan pasangan akan sedia maklum akan risiko penyakit ini diwariskan kepada zuriatnya.Anak yang hidup dengan talasemia jenis beta thalasemia major perlu mendapatkan rawatan sepanjang hayat akibat penghasilan darah merah yang kurang dan tidak dapat berfungsi secara optimum.
2. Memastikan Penyakit Talasemia Terkawal
Mungkin masih ramai lagi dalam kalangan masyarakat kita yang enggan melakukan ujian saringan talasemia kerana ia kurang diberi perhatian. Malah, ada juga yang bimbang dengan keputusan yang bakal diterima.Walaupun ujian saringan talasemia dianggap menggerunkan, namun bukan semua jenis peringkat penyakit ini berbahaya untuk individu tersebut dan warisnya. Terdapat banyak jenis talasemia yang dapat dikelas mengikut tahap keseriusannya.
Terdapat tiga tahap talasemia iaitu
- pembawa talasemia iaitu thalasemia minor,
- penyakit talasemia pertengahan iaitu thalasemia intermedia dan
- penyakit thalasemia major iaitu tahap yang paling teruk.
Anda tidak perlu khuatir untuk jalani ujian ini jika selama ini tubuh terasa sihat dan tiada gejala penyakit talasemia serius. Contohnya seperti keadaan badan yang pucat dan lemah serta anemia yang serius sehingga menyebabkan sesak nafas.
3. Dapat Mengenal Tahap Kesihatan Pasangan Sebelum Berkahwin
Setiap pasangan mengimpikan untuk melahirkan generasi yang sihat tanpa sebarang masalah kesihatan. Tindakan menjalani ujian saringan talasemia adalah langkah bijak dan menandakan bahawa anda seorang yang berfikiran matang demi kesejahteraan keluarga yang bakal dibina.Ramai yang terkejut apabila anak mereka disahkan menghidap talasemia. Ada juga yang saling menyalahkan kerana tidak dapat menerima kenyataan. Ini kerana, membesarkan anak talasemia bukan semudah disangkakan. Bahkan, ia menuntut komitmen yang tinggi. Dengan menjalani ujian saringan talasemia sebelum berkahwin, sebarang salah faham dapat dielakkan.
4. Menerima Khidmat Kaunseling Untuk Penyakit Ini
Sekiranya anda dan pasangan sanggup menerima risiko dalam mengahwini pasangan yang merupakan pembawa penyakit ini, anda dan pasangan akan dirujuk bagi sesi kaunseling bagi membincang kebarangkalian zuriat anda untuk mewarisi penyakit ini.Kebarangkalian penyakit talasemia yang berisiko kepada bayi yang bakal dilahirkan adalah berbeza-beza bergantung kepada tahap talasemia yang dibawa oleh ibu bapa. Kaunseling juga akan diberikan kepada pesakit yang pertama kali menyedari statusnya sebagai seorang pembawa penyakit talasemia.
Dengan khidmat ini, anda akan diberi maklumat berkaitan pengurusan kesihatan dan diet yang perlu dijaga untuk kesihatan darah dalam badan pada masa akan datang.
5. Mengurangkan Komplikasi & Risiko Ketika Hamil
Pasangan pembawa talasemia bukan sahaja dikhuatiri melahirkan anak dengan penyakit ini, malah ia juga mendedahkan risiko kepada ibu mengalami komplikasi ketika mengandung dan melahirkan anak.Ibu mengandung yang merupakan pembawa talasemia mempunyai risiko untuk mengalami anemia. Anak dalam kandungan yang menghidapi alpha thalasemia major berisiko untuk meninggal dalam kandungan atau semasa dilahirkan.
Ibu mengandung pula dikhuatiri untuk berhadapan dengan komplikasi yang tidak diingini seperti preeklampsia dan tumpah darah semasa bersalin yang boleh mengancam nyawa.
Jangan Pandang Remeh!
Ujian saringan talasemia kini tersedia di klinik kerajaan dan swasta yang terdekat. Walaupun ujian saringan talasemia tidak diwajibkan bagi bakal pengantin seperti ujian saringan HIV, tetapi maklumat kesihatan ini amat penting lebih-lebih lagi bagi individu yang ingin mendirikan rumah tangga.Ujian saringan talasemia ini juga hanya perlu dilakukan sekali seumur hidup. Selain pasangan berkahwin, seseorang yang berusia 16 tahun ke atas layak menjalani ujian saringan ini. Ia turut digalakkan sekiranya anda mempunyai saudara terdekat yang menghidap penyakit ini.
Jadi, jangan pandang ringan, ujian saringan ini mampu memberi kesan yang besar kepada masa depan hidup anda!
Mesti ramai yang ingat rawatan fisioterapi ni hanya untuk atlet atau orang yang sakit kronik sahaja, kan?
ReplyDeleteSilap! Tak perlu tunggu sampai cedera teruk, fisioterapi juga boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan kesihatan anda. Jom ketahui dengan lanjut...: Masalah Sakit Yang Perlukan Rawatan Fisioterapi